fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.115)

Berita paling penting hair ini, Russell Brand kini telah berhenti mengikuti perkembangan bakal bekas isteri Katy Perry di Twitter. Khabarnya si isteri terlebih dahulu menekan butang unfollow. Oh ini adalah penting. – Gossip Cop

Jika kisah Britney Spears kini bergelar juri tidak cukup mengejutkan, bintang Disney yang berusia 19 tahun Demi Lovato (gambar) juga sudah mengesahkan kedudukan sebagai juri keempat program X-Factor musim terbaru nanti. – E! News

Nampaknya hubungan cinta antara Blake Lively & Ryan Reynolds semakin serius selepas pasangan ini berpindah ke kediaman mewah yang baru di’beli Blake Lively untuk US$2.3 juta. Ini gambar kediaman terbaru mereka. – Celebuzz

Selain ingin meneruskan niat berlakon filem Hollywood bersama Martin Scorsese, Shah Rukh Khan mengesahkan yang filem sains fiksyen Ra.One akan mempunyai bahagian kedua juga beliau sudah mempunyai jalan cerita. – Hindustan Times

Kalau sudah kaya & ternama, setiap yang di’sentuh menjadi berharga. Billionaire Mark Cuban telah menerima US$1,000 daripada seorang jejaka untuk melukis grafik asa kucing. Panjang cerita yang ada sebenarnya. – TMZ

VIDEO HARI INI: Kalau anda seorang yang menghargai kreativiti, ini video kompilasi kreativti terbaik menerusi video untuk tahun 2012 setakat ini, untuk anda tonton hari ini. Enjoice!