fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.113)

Pelakon, pelawak & juga bekas suami Katy Perry, Russell Brand telah di’sahkan bakal menjadi pengacara pada malam majlis anugerah MTV Movie Awards yang bakal berlangsung pada 3 Jun 2012 ini. – MTV Canada

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Mungkin anda kenal Vidal Sassoon sebagai sekadar jenama namun si pemilik nama tersebut yang juga pengasas pelbagai cara penjagaan rambut wanita telah meninggal dunia pada usia 84 tahun awal hari semalam. RIP. – New York Times

Perkhabaran terbaru, Britney Spears di’khabarkan telah sah menyertai barisan juri untuk rancangan realiti The X Factor di’samping Simon Cowell & L.A Reid. Penyanyi ini di’khabarkan bakal menerima US$16 juta. – US Weekly

Selepas pemergian Adam ‘MCA’ Yauch baru baru ini, jualan album yang pernah di’keluarkan oleh Beastie Boys meningkat secara mendadak 1,235% dalam masa seminggu. – Huff. Post

Ini merupakan foto pertama anak perempuan Bruce Willis & Emma Heming-Willis (gambar) yang berusia 6 minggu dan di’beri nama Mabel Ray. Ada yang mula bergurau mengatakan Mabel Ray memiliki lebih banyak rambut dari bapanya sendiri. – Too Fab

VIDEO HARI INI: Ingat Zombieland yang penuh epik? Pengarah yang sama bakal kembali dengan filem berjudul Gangster Squad yang membariskan pelakon handalan seperti Sean Penn, Ryan Gosling, Emma Stone, Josh Brolin & Nick Nolte. Kami jadi tidak sabar.