fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.112)

Pengasas bersama Facebook, Eduardo Saverin di’khabarkan kini menjalani hidup penuh mewah di Singapura dengan nilai harta beliau mencecah US$2 billion & pernah meleburkan US$50,000 untuk champagne sahaja. – Daily Chilli

Selepas menghadiri parti selepas Met Gala 2012 baru baru ini, Rihanna di’khabarkan telah di’kejarkan ke hospital kerana keletihan melampau & dehydration tetapi di’benarkan untuk keluar tidak lama selepas berada di hospital. – Daily Mail

Membuka tayangan di Amerika Syarikat dengan rekod US$207 juta kutipan tiket, The Avengers telah di’sahkan bakal mempunyai sekuel & ini bukan sesuatu yang mengejutkan, lebih kepada peminat kini mengharapkan sekuel yang lebih padu & awesome. – Chicago Tribune

Nurul Wahab, kalau anda masih ingat, kini mengesahkan yang beliau memilih seorang rakyat Perancis Eric Daniel Depp sebagai calon bakal suami dan tidak meletakkan perbezaan budaya sebagai halangan untuk bersama. – mStar Online

Pasangan yang sedang hangat bercinta Justin Timberlake & Jessica Biel (gambar) di’laporkan menghabiskan masa bersama di’sebuah gedung barangan kemas memilih aksesori mewah bernilai US$7,000 sebelum menuju ke karpet merah Met Gala 2012. Oh romantik. – People