fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.110)

Salah seorang anggota kumpulan pop terkenal Taiwan S.H.E, Ella Chen telah selamat mengikat tali perkahwinan di Le Meridien Taipei dengan seorang jejaka berusia 36 tahun yang berasal daripada Malaysia. – MSN Malaysia

Pelakon kacak, Jehan Miskin mengakui yang beliau sudah mempunyai teman wanita dan mereka berdua sudah pun menjalinkan hubungan cinta selama lebih dua tahun, tetapi masih belum memikirkan soal perkahwinan. – mStar Online

Pelakon remaja Hollywood yang bakal muncul dengan filem terbaru Dark Shadow, Chloe Moretz (gambar) berkata yang beliau akan menerima lesen memandu sekitar Ogos 2012 & terpaksa memandu jika hidup di Los Angeles. – Just Jared

Video klip terbaru untuk lagu Bebi Romeo yang di’nyanyikan kembali oleh Afgan berjudul Bunga Terakhir kini sudah boleh di’tonton di Youtube dan memang boleh di’rasai mood penuh melankolik dalam video terbaru ini. – Kapan Lagi

Bintang drama bersiri TV popular Lost, Matthew Fox di’khabarkan telah di’tahan baru baru kerana kesalahan memandu di’bawah pengaruh alkohol & ketika itu pelakon ini sedang dalam perjalanan ke restoran makanan segera. – TMZ