fbpx

The Avengers akhirnya membuka tayangan di bumi Amerika Syarikat & kutipan sepanjang hujung minggu lalu berjaya mencatat sejarah Hollywood sebagai yang tertinggi dalam sejarah perfileman, US$200.3 juta. – Chicago Tribune

Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) berkata beliau selesa dengan kehidupan solo sekarang ini selain sibuk menjaga anak angkat & tiada lagi mana mana lelaki yang berani mendekati beliau. Heh. – mStar Online

Bintang remaja Indonesia, Acha Septriasa (gambar) berkata yang beliau berminat untuk mula bekerja di’pejabat biasa selepas tamat belajar nanti kerana mahu bermula daripada peringkat bawahan. – Kapan Lagi

Aktor popular, George Clooney baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 51 dan pada 10 Mei ini beliau akan mengadakan majlis kutipan dana untuk pilihanraya presiden sebagai sokongan kepada Barack Obama. – Post 50

Video muzik terbaru daripada Justin Bieber untuk lagu Boyfriend berjaya memecahkan rekod tayangan di Youtube selepas menerima lebih 8 juta tontonan hanya dalam masa 24 jam. – THR

VIDEO HARI INI: Sebenarnya kami ingin tujukan video ini untuk anda semua, tetapi kami tahu bukan semua pembaca kami sebegini. Tetapi, sebahagian peminat hiburan memang ada yang berperangai sebegini. Just sayin’ bro!