fbpx

Model yang semakin popular selepas berjaya menjadi muka hadapan majalah Sports Illustrated, Kate Upton (gambar) menjalani sessi fotografi penuh seksi bersama jurugambar ternama, Terry Richardson. Seksi itu terjamin. – Celebuzz

Persatuan Seniman melalui Timbalan Presiden, Zed Zaidi mendesak Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) menyemak kembali kemasukan artis luar negara yang di’dakwa menjejaskan periuk nasi artis tempatan. – mStar Online

Lokasi berlangsung’nya anugerah Oscar sejak tahun 2002 telah bertukar nama daripada Kodak Theatre kepada Dolby Theatre ekoran penarikan diri syarikat foto tersebut dari kontrak 20 tahun kerana berhadapan bankrupsi. – Huffington Post

Kalau anda belum tahu, Jessica Simpson telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan awal hari semalam dan memberikan nama Maxwell Drew Simpson dan bayi ini berkemungkinan bernilai US$14 juta. Hmm. – Fox News

Senarai pencalonan untuk 2012 MTV Movie Awards telah pun di’keluarkan dan nampaknya The Hunger Games & Bridesmaids mendahului senarai dengan lapan pencalonan setiap satu. Majlis akan berlangsung pada 3 Jun 2012. – Times Live 

VIDEO HARI INI: Entah kerana bosan atau memang Ashton Kutcher memang sedang mencari kekasih hati baru, beliau muncul dengan sebuah video parodi untuk laman mencari jodoh yang tidak pun wujud.