Membuka tayangan di 39 buah negara seluruh dunia tidak termasuk Amerika Syarikat, The Avengers kini telah berjaya mengutip lebih US$170 juta dalam jualan tiket. Sebagai perbandingan, kos produksi filem ini di’anggarkan sekitar US$220 juta. Wow. – News AU
Masih peduli dengan Fasha Sandha? Okay. Pasangan baru suami isteri Fasha Sandha & Rizal Ashram di’khabarkan akan berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu kerana terpegun dengan panorama pulau itu. – mStar Online
Gossip terbaru di Hollywood, Taylor Swift (gambar) khabarnya telah menjalani pembedahan membesarkan buah dada selepas gambar terbaru beliau tersebar menunjukkan perubahan ketara di’bahagian tersebut. Hmm. – Fox 411
Siapa kata selebriti Hollywood tidak ada yang kelihatan cantik tanpa sebarang make-up? Ini galeri menunjukkan 20 orang selebriti wanita yang masih comel walaupun tanpa make-up tebal termasuklah Zooey Deschanel & Snooki. – The Frisky
Setelah lebih setahun mendirikan rumahtangga, gossip mula bertiup mengatakan yang Krisdayanti & suami, Raul Lemos kini sudah tidak tinggal bersama dan penyanyi itu lantas menafikan sekerasnya gossip tersebut — mengatakan kisah itu berniat jahat dan busuk. – Kapan Lagi
Video Hari Ini: Alang alang kita semua dalam mood superhero, ini video mash-up menampilkan The Avengers dan hampir semua superhero yang pernah wujud di’muka bumi ini dalam sebuah lagu oleh Weezer, Perfect Situation.