fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.103)

Berita baik untuk anda yang tidak sabar untuk ke Legoland Malaysia, taman tema pertama di Asia yang bertemakan LEGO ini bakal di’buka pada September 2012. Jauh lebih awal dari tarikh pembukaan asal. Belanja kami tiket boleh? – 7 News

Majalah hiburan dan juga gaya hidup popular, People telah menobatkan Beyonce sebagai Wanita Paling Cantik untuk tahun 2012 & sebagai komen Beyonce berkata beliau merasa lebih cantik kini selepas melahirkan anak sulung. – LA Times

Kalau anda peduli, Maulana AF8 berkata beliau akan berpindah ke United Kingdom untuk mencuba nasib selepas berjaya ke pusingan kedua X Factor sekitar Januari lalu. Dan, untuk buka restoran Melayu. Bagus! – mStar Online

Gossip bertebaran yang mengatakan isteri Tom Cruise, Katie Holmes (gambar) kini sedang mengandung anak kedua dan wakil aktress popular itu tampil menafikan sebarang berita berkaitan gossip tersebut. – Just Jared 

Gossip kematian kini seakan menjadi satu permainan di Hollywood mahu pun Malaysia sendiri & terbaru R Kelly di’katakan telah terbunuh dalam satu insiden ketika menunggang jet ski ketika bercuti. – ABC News

Video Hari Ini: Musim pra-pilihanraya bukan sahaja sedang di’rasa di Malaysia, namun di Amerika Syarikat juga dengan pemilihan presiden mereka. Ini video Barack Obama tampil bersama Jimmy Fallon membincangkan isu isu semasa dengan gaya slow jam. Just wow.