Meneruskan kehidupan, Katy Perry (gambar) nampaknya kini sedang mencipta bibit bahagia bersama gitaris Florence + the Machine, Robert Ackroyd ketika mereka berdua menghadiri festival muzik Coachella. – Just Jared
Bukan segelintir rakyat Malaysia sahaja boleh hilang akal kalau Lady Gaga ke’mari, penganut Kristian tegar di Korea Selatan kelmarin berkumpul & berdoa sebagai bantahan kepada konsert penyanyi ini yang bakal berlangsung di Seoul. – Mirror
Fida Ibrahim yang popular dengan kisah percintaan bersama Mamat Sepah hari ini menafikan gossip yang mengatakan beliau kini sudah berkahwin & menjadi isteri kedua kepada seorang VIP dari Perlis. Hmm. – mStar Online
Personaliti realiti TV American Idol & X-Factor, Simon Cowell sekali lagi menegaskan yang beliau bukan gay seperti di’dakwa dan turut berkata beliau tidak malu untuk mengaku jika ia’nya benar sekali pun. – Huffington Post
Penguasaan filem The Hunger Games selama empat minggu berturut turut dalam carta box office berjaya di’pecahkan oleh sebuah filem romantik komedi Think Like A Man yang membuka tayangan dengan kutipan US$33 juta. – CNN
VIDEO HARI INI: Nike menggunakan 13 botol plastik untuk menghasilkan satu set persalinan jersi bola sepak untuk penyerang prolifik, Klaas-Jan Huntelaar.
http://www.youtube.com/watch?v=19mZ5JkKers