fbpx

Fakta Hiburan Yang Paerlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.239)

Bukan filem’nya sahaja berjaya mencipta rekod baru, Daniel Craig juga di’sahkan sebagai James Bond paling mahal dalam sejarah dengan bayaran berlakon US$47 juta. – The Australian

Selebriti yang popular dengan gelaran Usop Wilcha kini sahkan yang beliau akan meninggalkan Hot FM hujung bulan ini kerana faktor usia yang semakin meningkat. – mStar Online

Walaupun baru 2 bulan sejak melahirkan anak pertama dengan Brian Austin Green, Megan Fox (gambar) baru baru ini telah di’lihat kembali kurus, sangat kurus. – Too Fab

Supermodel, Kate Moss mendedahkan yang beliau memiliki tattoo yang di’cacah pelukis terkenal Jerman, Lucian Freud dan mungkin bernilai jutaan dollar jika di’jual. Eh. – Huff. Post

Rasanya tidak lama lagi mereka ini akan kembali bersama, rasanya. Justin Bieber & Selena Gomez di’lihat keluar bersama sama untuk satu lagi makan malam romantis. – People

VIDEO HARI INI: Sibuk kita melihat anggun’nya Nora Danish dalam video muzik Anuar Zain — hari ini juga Najwa Latif melancarkan video muzik rasmi untuk ‘Sahabat’.