Fakta Hiburan Hari Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Kerja (N.8)
Johan Raja Lawak enggan komen isu saman Ogy Ahmad Daud kerana surat saman belum sampai ke tangan & mendakwa ada meminta maaf sebaik tamat FFM 24.- KOSMO!
Anda tahu Men in Black 3 sekarang dalam proses pembikinan? Ya, anda boleh melihat poster rasmi awal filem epik lakonan Will Smith & Tommy Lee Jones ini. – Just Jared
Deborah-Lee Furness, isteri Hugh Jackman selama 15 tahun menafikan yang suami beliau merupakan seorang gay dan angkat tangan siapa yang tidak tahu jejaka hangat ini sudah berkahwin? – The Superficial
Bintang The Social Network, Jesse Eisenberg mengeluarkan saman US$3 juta terhadap Lionsgate kerana mengeluarkan poster yang mencadangkan beliau sebagai bintang utama, sedangkan kemunculan hanya kurang 5 minit. – Washington Post
Teman lelaki Britney Spears, Jason Trawick di’katakan sudah bersedia untuk melamar bintang pop itu sebelum hujung tahun ini selepas Britney Spears tamatkan konsert jelajah & menyambut ulangtahun ke 30. – People