Fakta Hiburan Hari Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Kerja (N.4)
Harith Iskander kini secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pegawai Ikan Jerung Asia Tenggara. – KOSMO!
Selamat hari jadi ke 19, Miley Cyrus. Jangan ada gambar tidak senonoh terlepas ke mata awam selepas parti malam nanti. – E!
Twilight: Breaking Dawn Part 1 buka tayangan di Malaysia hari ini. Replika baju pengantin Bella (Kristen Stewart) kini mula di’jual US$799 sehelai. – Splash
Katherine Heigl nampak lebih seksi daripada biasa di’malam 2011 American Music Awards. Selera editor kami. #LOL – Popoholic
Seorang krew filem G.I. Joe 2: Retaliation mati di lokasi penggambaran ketika sedang memunggah set akibat kegagalan mesin. RIP. – TMZ
George Clooney & pemain bola sepak, Cristiano Ronaldo bakal di’panggil sebagai saksi skandal seks bawah umur bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi. – Utusan Malaysia