Fakta Hiburan Hari Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Kerja (N.30)
Buat julung julung kali’nya, sebuah festival filem khas untuk penggiat filem Tamil Malaysia akan di’adakan di Chennai, India. Tayangan termasuk Papadom versi Tamil, Appalam arahan Afdlin Shauki. – IBN Live
Masih ingat dengan penyanyi bernama Craig David yang pernah popular dengan lagu Fill Me In & Seven Days? Beliau kini sudah berusia 30 tahun dan mengalami perubahan yang agak ketara. Heh. – BuzzFeed
Mungkin kerana belum bersedia untuk muncul di’khalayak ramai selepas isu penceraian, Katy Perry (gambar) membatalkan niat beliau untuk muncul di People’s Choice Awards yang bakal berlangsung dalam dua hari lagi. – People
Walaupun mencipta fenomena di Asia, namun pasaran Amerika Syarikat masih belum dapat mereka tembusi. Wonder Girls, Girl’s Generation & 2NE1 masing masing akan keluar dengan produk khas USA sendiri sepanjang tahun 2012 sebagai satu percubaan baru. – allkpop
Selepas di’pecat daripada terus menjadi pengurus peribadi Scarlett Johansson, ibu kepada aktress ini kini di’khabarkan hidup bersama masalah kewangan termasuk tidak mampu meneruskan niat membeli kediaman bernilai US$1.4 juta. Dan, kini meminta kembali deposit. – Fox News