fbpx

Fakta Hiburan Hari Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Kerja (N.29)

Bekas isteri Tiger Woods, Elin Nordegren (gambar) mengambil keputusan untuk merobohkan mahligai bernilai US$12 juta beliau untuk bina sebuah mahligai baru dengan rekaan yang sama. Heh? – IB Times

Identiti aktress yang menyaman IMDB kerana mendedahkan umur sebenar beliau kini sudah pun di’kenalpasti sebagai Junie Hoang. Eh siapa? – The Telegraph

Peluang pekerjaan kepada mereka yang mahir dalam bidang teknik pengimejan berkomputer (CGI) kerana KRU Studios menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Norman Abdul Halim memerlukan 100 orang tenaga pakar menjelang akhir tahun 2012. Kini mereka memiliki 30 orang untuk projek yang semakin banyak. – mStar Online

Bukan mahu menjadi stereotaip, tetapi jika sudah nama Snoop Dogg mana boleh lari dari isu sebegini. Beliau telah di’tahan kerana memiliki ganja dalam bas jelajah beliau. Adeh. – TMZ

Pelakon Hollywood idaman ramai wanita, Hugh Jackman bakal kembali ke pentas broadway untuk Houdini kerjasama bersama pengarah berbakat besar, Aaron Sorkin sekitar 2013/14 nanti. – Reuters