fbpx

Fakta Hiburan Hari Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Kerja (N.28)

Bintang pop Hollywood, Katy Perry akhirnya bersuara tentang isu penceraian beliau dengan Russell Brand, melalui Twitter. – Just Jared

Rakan rapat Katy Perry, Rihanna pula telah di’tabalkan sebagai artis yang paling banyak menjual karya menerusi saluran digital. 47.5 juta muat turun sejak 2004. Perghh! – Fox News

Ada khabar angin mula beredar mengatakan pihak produksi American idol kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk mencari pengganti Ryan Seacrest yang di’bayar US$15 juta per musim. – THR

Pasangan sensasi Malaysia, Yusry KRU & Lisa Surihani bakal di’gandingkan buat pertama kali dalam sebuah filem berjudul ULAR arahan Jason Chong & terbitan KRU Studios. – GUA

Pelakon kegemaran editor kami, Anne Hathaway muncul dalam satu set gambar promosi untuk kempen terbaru jenama mewah TOD’S untuk tahun 2012. Nampak awesome! – People