fbpx

Fakta Hiburan Hari Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Kerja (N.25)

Ini super cute & juga mempunyai elemen awesome. Trailer The Lion King di’berikan sentuhan ala The Dark Knight Rises oleh seorang peminat yang kreatif. Enjoice!Buzz Feed

Aileen Gabriella Robinson, wakil Malaysia telah di’mahkotakan sebagai Miss Tourism International (MTI) 2011 dalam satu majlis yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa menewaskan 53 peserta lain. – Borneo Post

Masih ingat tentang Punk’d yang kami khabarkan akan kembali ke MTV tahun ini? Ia’nya akan mula di’tayangkan 19 Mac 2012 dengan barisan selebriti sebagai pengacara bergilir termasuk Justin Bieber & Miley Cyrus (gambar). – Just Jared

Kutipan filem Hollywood di’seluruh dunia menurun sebanyak 3.4% kepada hanya US$10.22 billion untuk tahun 2011 berbanding tahun sebelum’nya. Sebelum ini, kutipan filem tempatan naik 100% berbanding 2010. Good sign?CBS News

Beberapa hari lalu, kecoh dunia hiburan tentang kenyataan Chef Wan yang ingin menutup laman Facebook beliau, tetapi hari ini peminat boleh menarik nafas lega dengan penarikan niat tersebut. – mStar Online