fbpx

Fakta Hiburan Hari Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Kerja (N.23)

Salah seorang mentor untuk program Mentor musim keenam, Faizal Tahir berkata beliau belum bersedia untuk bergelar tenaga pengajar, tetapi terima bukan kerana terpaksa. – mStar Online

Di usia 63 tahun, Steven Tyler membuktikan usia bukan penghalang untuk mendirikan rumahtangga. Tetapi, khabarnya segelintir ahli keluarga beliau kurang senang dengan bakal isteri baru, Erin Brady. – TMZ

Kecoh Hollywood apabila sebuah muka hadapan majalah tersebar mengatakan yang bintang filem Twilight, Taylor Lautner (gambar) sudah mengaku diri’nya seorang gay. Nyata, semua itu palsu. Lega peminat jejaka hangat ini. – The Wire

Pasangan suami isteri Hollywood yang sering di’landa gossip bercerai, Katy Perry & Russell Brand di’laporkan menyambut Hari Krismas berasingan, lebih 11,000km terasing. Hmm. – Celebitchy

Bintang yang kami masih keliru kenapa boleh popular, Kim Kardashian bakal di’bayar US$600,000 untuk menghadiri parti sambutan tahun baru 2012 nanti. Fuuuu! Untung orang penuh kontroversi. – Earsucker