fbpx

Fakta Hiburan Hari Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Kerja (N.20)

Selepas melihat rakan rakan artis berjaya di’luar negara, Mizz Nina (gambar) merancang untuk melakukan jelajah Amerika Syarikat untuk promosi album bermula Januari 2012. Go Mizz Nina!mStar Online

Kim Kardashian dan ahli keluarga’nya menjana jutaan dollar Amerika dengan menjual barangan jenama sendiri yang kini di’dakwa di’hasilkan dengan tenaga kerja hamba & kanak kanak. Hmm. – Celebitchy

Pasangan kekasih yang semakin misteri, Justin Timberlake & Jessica Biel di’khabarkan sudah mengikat tali pertunangan ketika bercuti di’sebuah bandar kecil baru baru ini. Si gadis baru baru ini mencetuskan tanda tanya apabila muncul dalam beberapa majlis seorang diri. – Splash News

Anda ingin tahu bagaimana rupa’nya kalau irama K-pop Girl’s Generation (SNSD) di’gabungkan dengan lirik berunsur nasihat & nasyid. Kami persembahkan SNSG dengan Pinter Ngaji. – Blog Serius

J.J. Abrams yang sedang sibuk dengan promosi Mission Impossible 4: Ghost Protocol mengesahkan yang Star Trek 2 tidak akan menjalani penggambaran menggunakan kamera 3D tetapi versi biasa filem ini (2D) akan di’tukar ke format 3D secara digital. Alaa. – Spinoff