fbpx

Fakta Hiburan Hari Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Kerja (N.19)

Dato’ Siti Nurhaliza bakal menjadi tarikan utama untuk sambutan tahun baru di The Float, Marina Bay, Singapura 31 Disember ini. Untunglah orang Singapura. – Budiey

Semalam, satu dunia sedikit kecoh dengan khabar angin yang mengatakan Jon Bon Jovi sudah meninggal dunia. Melalui Twitter, Bon Jovi mengirimkan gambar mengesahkan yang beliau masih hidup. Classy. – People

Peminat Nicki Minaj? Atau bukan, anda kini boleh dengarkan single terbaru beliau yang telah di’lancarkan hari ini berjudul Stupid Hoe. Kami rasa sepanjang yang kami tahu, tidak pernah molek tajuk lagu Nicki Minaj. Hmm. – Just Jared

Saluran televisyen kegemaran jiran anda, MTV mengesahkan yang mereka akan membawa kembali program Punk’d yang popular sekitar 2003. Dan khabarnya Justin Bieber akan gantikan Ashton Kutcher. Ouch! – The Wire

Walaupun gambar versi penuh tersebar di’internet sebelum masanya, majalah Playboy edisi Lindsay Lohan (gambar) mencatat angka edaran naskah yang memecahkan rekod jualan Playboy sendiri, menurut Hugh Hefner. Tahun depan boleh buat lagi. Heh. – The Superficial