Noh Hujan bakal bergelar pelakon apabila bersetuju untuk membintangi filem kedua arahan Namewee, Hantu Gangster. Apa cerita lamaran untuk berlakon Erma Fatima? – mStar Online

Ini bukan video kompilasi biasa, sempena tayangan Mission Impossible 4: Ghost Protocol seluruh dunia, video berikut menunjukkan adegan Tom Cruise berlari dalam semua filem lakonan beliau sebelum ini. – TIME


Bukan hiburan tetapi kepada anda yang menjadikan Twitter sebagai bahan hiburan, ini relevan. Putera Saudi Alwaleed bin Talal telah melaburkan US$300 juta ke’dalam laman sosial mini itu. Wooouh. – Reuters

Tuah berpacaran dengan bintang ternama. Stacy Kiebler kini di’khabarkan mengenakan bayaran lebih dua kali ganda dari sebelum ini untuk yuran kemunculan beliau dalam mana mana acara — sejak menjadi kekasih George Clooney. – NY Daily News

Masih lagi berkaitan duit. Forbes melaporkan yang selebriti dengan deria fesyen aneh Lady Gaga (gambar) merupakan wanita paling lumayan pendapatan’nya dalam seluruh industri muzik. US$90 juta untuk setahun. Berbaloi untuk menjadi aneh & unik heh? – Splash News