fbpx

Fakta Hiburan Hari Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Kerja (N.17)

PM Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak selamat merasmikan senjata baru beliau dalam dunia Facebook & Twitter — 1Malaysia TV. Touché. – Bernama

Tahun 2011 menyaksikan filem sekuel berjaya menduduki tangga teratas senarai filem paling banyak menerima kutipan. Di’dahului oleh Harry Potter and the Deathly Hallows – Part II dengan US$381 juta. – RTE

Bercakap tentang filem, pasaran tempatan juga tidak mengecewakan dengan mencatat kutip RM100 juta sepanjang tahun 2011. Sebagai perbandingan, 2010 mencatat RM50 juta. Holy shit. – mStar Online

Vanessa, isteri pemain bola keranjang professional Kobe Bryant failkan tuntutan penceraian selepas 10 tahun bersama. Hubungan mula goyah sekitar 2003 apabila si suami terlibat skandal rogol seorang pekerja hotel. – Too Fab

Guru pilates, Margot Campbell yang popular kerana di’katakan melatih membentuk tubuh menarik Pippa Middleton (gambar) akan melancarkan DVD khas dedahkan rahsia amalan untuk tubuh cantik. – Telegraph