fbpx

Fakta Hiburan Hari Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Kerja (N.15)

Koleksi perhiasan mewah peribadi mendiang Elizabeth Taylor berjaya terjual dengan nilai lebih US$115 juta — termasuk rekod baru untuk rantai mutiara yang terjual US$11.8 juta. – Vanity Fair

Bukan hiburan tetapi majalah TIME menamakan penunjuk perasaan (The Protester) sebagai 2011 Person of the Year berikutan kejayaan membawa perubahan kepada Timur Tengah juga benua Eropah. – AFP

Ada sumber memberitahu media Hollywood hari ini yang Cameron Diaz & P Diddy di’lihat melakukan adegan penuh mesra New York’s PH-D Rooftop Lounge. Masih, jurucakap mereka menafikan sebarang kemungkinan bercinta. Hmm. – People

Syarikat pengurusan artis Ahmad Dhani di’katakan sudah melupakan Dewi Persik lantaran penyanyi itu tidak di’jemput membuat persembahan untuk sebuah konsert di Ciberon, Jawa Barat. – Kapan Lagi

Scarlett Johansson (gambar) mengakui yang beliau tidak gemarkan rutin senaman yang terpaksa di’ikuti sebagai seorang selebriti Hollywood tetapi kita semua tahu yang aktress ini suka berbogel. Eh. – CDL