Khabar angin mula kedengaran yang mengatakan Lady Gaga bakal berlakon sebagai Amy Winehouse dalam filem biografi mendiang nanti dan ayah Amy Winehouse sendiri sudah memberikan restu. Menarik. – Splash News

Jika semalam kita ada trailer pertama Men In Black III, hari ini kita di’sajikan dengan sebuah trailer filem aksi G.I Joe 2: Retaliation yang akan turut di’tayangkan musim panas 2012. – Washington Post (Video)


Penyanyi yang semakin menempa nama, Sabhi Saddi berjaya mendapatkan hak untuk nyanyikan lagu ciptaan komposer Indonesia dari pesaing, Afgan & Keris Patih. Khabarnya pelaburan boleh tahan besar. – mStar Online

George Clooney khabarnya memanjakan kekasih baru beliau, Stacy Kiebler (gambar) dengan barangan mewah sempena Hari Krismas termasuk hadiah berupa kereta Porsche. Contoh terbaik ada wang, ada amoi. – Celebslam

Anak gadis Michael Jackson, Paris Jackson di’katakan bersetuju untuk membintangi sebuah filem pelik berjudul Lundon’s Bridge And The Three Keys di’samping Larry King. Hmm. – The Wire