Fakta Hiburan Hari Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Kerja (N.13)
Sudahkah anda melihat poster promosi terbaru The Dark Knight Rises? Jika belum, poster ini membayangkan watak utama Batman mati di’tangan musuh, Bane. !@#$% – Metro UK
Di usia 42 tahun, Jennifer Aniston terpilih sebagai Wanita Paling Seksi Sepanjang Zaman oleh pembaca majalah Men’s Health. Sebab? Kelakar & merendah diri. Aww. – LA Times
Pelakon & pelawak terkenal, Chris Tucker menjual dua buah rumah mewah beliau di Florida dalam usaha melangsaikan hutang sebanyak US$11.5 juta dalam bentuk cukai kepada kerajaan. – TMZ
Malam tadi, Sabhi Saddi berjaya menjuarai Ambank RTM Cipta Lagu 2011 dengan lagu Waktu ciptaan Alfred Teo. Tahniah! – Youtube
Filem Sang Penari berjaya membawa pulang gelaran Filem Terbarik di Festival Filem Indonesia 2011 baru baru ini, juga Sutradara Terbaik & Pelakon Wanita Terbaik menerusi Prisia Nasution. – Kapan Lagi