Lagi gossip terbaru jejaka ganteng Hollywood, Bradley Cooper yang kini di’katakan sedang bercinta dengan Zoe Saldana selepas gadis ini putus tunang bersama kekasih 11 tahun. – WWTDD

Masih belum tamat kontroversi mereka ini. Kim Kardashian dalam kenyataan terbaru kepada majalah sensasi Star berkata Kris Humphries merupakan seorang gay dan mereka tidak lagi berasmara selepas bulan madu. – Yeeeah!


Bunkface terkilan lagu mereka berjudul Panik di’haramkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana mengandungi perkataan ‘reformasi’ dalam bait liriknya. – mStar Online

Sumber dalam rancangan realiti X-Factor memberitahu yang orang kuat program itu bersedia untuk meletakkan lebih US$5 juta sebagai hadiah kepada pemenang musim ini. Wow. – TMZ

Berita paling tidak penting, Katy Perry tampil dengan rambut baru yang jauh berbeza dari penampilan sebelum ini. Turut serta, suami tercinta Russel Brand. Anda suka gaya baru ini? – Gossip Center