Faizal Tahir: Saya Datang Untuk Satukan Kita Semua, Tiada Niat Berpolitik
Hadir membuat persembahan di salah sebuah program santai yang diadakan oleh Himpunan Pemuda Pas Selangor baru-baru ini, Faizal Tahir menyatakan pendiriannya adalah semata-mata untuk menyatukan semua pihak dan bukanlah niat untuk berpolitik.
“Saya datang untuk satukan kita semua, tiada niat berpolitik. Harap kita semua bersatu,” kata Faizal dipetik daripada Sinar Harian. Selain persembahan daripada Faizal, program itu turut menyelitkan program chit chat bersama Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang, futsal, dan lain-lain.
Selain itu, Faizal juga menjelaskan bahawa kedatangan beliau ke program berkenaan adalah untuk menghiburkan orang ramai.
“Mikrofon dia (Bob Lokman) yang cakap bukan mikrofon saya,” jelasnya lagi apabila diusik oleh Bob Lokman selaku pengacara pada hari itu sama ada parti Pas akan menjadi pilihan penyanyi yang ketika ini sedang popular dengan lagu Assalamualaikum Dunia. (rtky/s)
sedap lagu faizal tahir… tu ramai peminat.
na na na na na na na na na
APE CERITA GST, 1MDB DAN TABUNG HAJI?
Suka Sgt…. Cinta harus seksi…..ahakssss…
…terhibur aku dgn namamu
haha… lawak aku nak sebot nama ko.. cikuku…
Love you faizal…
Jadik bini no2 pon gayah sanggup!
Ko ni x habis2 mencarut. Layak duduk dgn Azwan Ali je