fbpx

Fahrin Ahmad Akui Rasa Sunyi Berjauhan Dengan Isteri

Mengakui terasa ketiadaan isteri di sisi, pelakon Fahrin Ahmad turut menjelaskan dia berasa sunyi kerana sering sendirian akibat berjauhan dengan isteri walaupun sudah mendirikan rumah tangga pada 9 Mei lalu.

BACA: Fahrin Ahmad Dan Elena Hani Berbulan Madu Di Venice

“Terasa juga bila dia (Elena) tiada di sisi, tetapi nak buat macam mana bukan? Konsep kami sekarang ini, kami akan berjumpa setiap dua minggu, sama ada dia datang ke sini (Malaysia) atau saya ke Dubai”

“Saya rasa perkara ini ada juga hikmahnya di mana kami dapat serasikan diri antara satu sama lain sebelum dia berhenti kerja dan menetap di sini,” katanya kepada mStar Online ketika diaju soalan berkaitan berjauhan dengan isteri.

Dalam pada itu Fahrin berkata, dia tidak sabar untuk melalui pengalaman berpuasa bersama memandangkan selama ini dia sering sendirian terutamanya ketika berbuka puasa. Seronok bukan main dia ya mahu tunggu puasa.

“Sebelum ini, jika tidak terlibat dengan sebarang majlis, saya akan berbuka puasa sendirian. Dan untuk tahun ini, perkara itu tidak akan berlaku. Elena sudah pun mengambil cuti untuk berpuasa pada minggu pertama bersama saya. Jujurnya saya teruja! Hahaha…” katanya. (rtky/s)