fbpx

Fahrin Ahmad Dan Elena Hani Berbulan Madu Di Venice

Sehari selepas pasangan ini dinikahkan pada Sabtu lalu (9 Mei), Fahrin Ahmad dan juga isteri tercinta, Elena Hani telah pun pergi berbulan madu dan kini mereka sedang berada di Venice.

BACA: Isteri Sanggup Tinggal Kerjaya Demi Fahrin Ahmad

Kelihatan sungguh manis sekali Fahrin dan juga Elena ketika memadu kasih di sana. Sebelum ini, mereka pernah menjelaskan disebabkan kesempitan masa, Fahrin dan Elena terus pergi berbulan madu sehari selepas majlis nikah diadakan.

Peminat bukan sahaja turut berkongsi kegembiraan di laman Instagram Fahrin malah turut berharap agar pasangan ini cepat-cepat dikurniakan cahaya mata. Sabarlah peminat, tahulah Fahrin menjalankan tugasnya ketika berbulan madu. Apa pun, semoga perjalanan mereka selamat pergi dan selamat pulang.