Fahrin Ahmad Putus Asa Dalam Bercinta
Pengacara dan pelakon kacak, Fahrin Ahmad mengakui bahawa dia seakan-akan berputus asa apabila bercakap mengenai soal cinta. Dalam usianya yang menginjak 35 tahun, jejaka yang kini membintangi drama rantaian popular berjudul Maaf Jika Aku Tak Sempurna lebih bersikap terbuka dan katanya ingin terus mengahwini gadis pilihannya sekiranya dipertemukan jodoh.
“Mungkin saya sudah berputus asa dalam cinta. Dalam usia 35 tahun ini saya mencari kematangan dalam menilai pasangan itu sendiri. Mungkin saya nampak lebih kepada yang pratikal sebagai seorang ibu dan isteri dan itu juga yang saya nampak. Mungkin selepas ini saya tak boleh nak ambil risiko pergi ‘date‘ dengan dunia media sosial sekarang ini. Alangkan berbahas di Instagram dengan Zara Zya pun orang komen,” katanya sambil ketawa.
BACA: Fahrin Ahmad Mahu Cari Cikgu Sebagai Calon Isteri
Tambahnya lagi, dia mahu terus meminang mana-mana perempuan sekiranya dipertemukan jodoh dan tidak mahu lagi bercinta terlalu lama. Dengan erti kata lain, dia mahu terus berkahwin sahaja.
“Saya jenis kalau suka akan pinang terus. Kalau ada jangan risau saya akan beritahu. Tetapi Insya-Allah bukanlah orang dalam industri. Cukuplah dengan pengalaman saya yang lepas seperti mana orang semua tahu, sedangkan sampai ke hari ini orang masih berseloroh menyebut nama mereka. Tetapi saya tak kisah, kerana saya mendapati impak positif yang saya dapat dengan saya mampu tersenyum, saya tak rasa sedih dan tidak berdendam. Bagi saya itu pengalaman”
Peminat Ajak Kahwin, Beri Nasihat Kekal Lama Dalam Industri
Fahrin turut berkongsi cerita apabila ada orang yang ingin menjadikannya sebagai menantu kesan daripada drama yang dilakonkannya dalam Maaf Jika Aku Tak Sempurna.
“Ramai orang yang nak kahwin dengan saya, maksudnya ‘Lukman‘ karakter yang saya lakonkan drama itu. Sekarang ini kita ada media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram. Benda-benda macam ini jangan terbawa-bawa, ini akan memudaratkan diri sendiri. Alhamdulillah saya menghadapinya dalam usia dan pengalaman yang ada,” katanya lagi.
Di usia yang matang ini juga Fahrin turut memberitahu sekiranya ingin mengekalkan momentum yang ada dalam industri ini, seseorang artis itu perlulah ikhlas dalam bekerja dan jangan terleka apabila berada di atas kerana dunia seni ada kitarannya.
“Strateginya perlu ikhlas jujur dalam bekerja dan jangan terpedaya atau ‘culture shock’ untuk kita terus kekal selama yang mungkin dalam industri. Selain itu jangan juga menyalahgunakan populariti yang ada,” tambah pengacara bersama Anugerah Skrin 2014 ini. (rtky/hfz)
ada calon ker dia ni..memilih sngt..bnyk jer fans yg tergila2 kat ko..cikgu pon bnyk..wakaka
org komen suruh ko kawen cpt, xyah nak berbls komen sgt..suka masuk minang..
Mestilah nak pilih klau nak jadikan suri jek…takan psl umur dah 35 main ambik sembarang je…lagipun jodoh lum sampai…apa ckp asal boleh je…apa cikgu banyak baik…
Selagi belum sampai masanya, usaha macam mana pun tetap tak jadi-jadi. Tapi bila Allah cakap dah sampai masanya, mudah saja semuanya. Maka, banyakkan berdoa dan usaha jugalah. Jangan putus asa. (pesanan untuk diri sendiri juga)
umur dan jodoh juga amat penting jika ingin kekal lama:-)
komen dgn zara nak bagi popular balik & rating dpt 10 juta citer pkl 7 tu..produser pengarah baik punya pomot..kesian trending pon 3, 4 ari jer..desperado btl psl rating ni..klu citer best xyah nak pomot sgt..mesti trending baik punya hari2 klu berlakon best & pelakon ada aura
Fahrin ni dr dl bg kenyataan mcm ni sedangkan realiti byk dah berjumpa dia ngan gf dia.. kalo nk menidakkan pon agak2 lah.. disebabkan org malas nk buka mulut.. makanya cerita dia x tersebar.. sudah2lah.. br2 ni pon org nmpk dia di London n Paris.. with diff one.. ramai org Msia di sana kot…so.. itu gf yg terbaru ker? btw.. please… be a real gentleman.. berani n tak perlu tkt saham jatuh.. if lakonan u bagus.. peminat sekarang boleh nilai jek.. kalo x…sy rs awak takut sama byg2 sendiri.. fikirkan.
Please jgn jadikan zara ur stepping stone ok bro!
Fans boleh bezakan ayat mengayat or just nak sembang biasa. Bila dah up gossip pandai lak tepis, yg meroyan fans u jgk.
owhhh…rupanya g london & paris jumpa awek..pandai simpan rahsia fahrin ni..zara zya jadi scapegoat rupanya
hazab tngk ig fahrin penuh dgn pompuan gedik yg x tau malu
fahrin mmg terer baba mengayat ni. pelik tak dapat mengayat sorang pon cikgu kat msia. itu yg mengayat kat paris pulakk
Fahrin, sy bakal guru yg insyaAllah will be working soon. Sy terima kalau fahrin masok meminang saya. Problem settled! InsyaAllah :)
Fahrin, insyallah jodohmu akan sampai juga samada cepat atau lambat je.. tp jgn lambat sangat ye… kang menyesal tak sudah..
fahrin ni dh nmpk tua la bila aku tengok dia berlakon dlm maaf jika aku x sempurna…lagi2 bila zoom dkt kat muka dia..
jodoh tak sampai lagi sebab masih suka berfoya foya tu. bila dah stop flirting, lebih serius sikit nak kahwin barulah jodoh akan sampai.
@curiga jangan buat kenyataan beransur fitnah yeeee …. dosa besar tau …. 1st – Jodoh di tentukan oleh Allah swt dr Lauh Mahfuz lg. Ramai Playboy kat dunia ni klu jodoh dah dtg & tiba2 jer dia akn berkahwin. Fahrin bukanlah seorg lelaki yg tidak bermoral. Sttmnt ‘stop flirting baru jodoh sampai ‘ sngt tak tepat. Rezeki , ajal maut & jodoh semuanya di atas ketentuan dr Allah swt.
fahrin ni betul2 ke artis yg konon2 nya lebih islamik? tgk gaya n dgr ckp mcm bagus je… Jd host pencetus ummah lg.. tp berlakon siap peluk2 pompuan lg. x minat langsung.
ne bang fahrin aku kasih no cikgu agama baru slesai sekolahnya, 081918323381