fbpx

Faezah Elai Tegur Individu Buka Aib Pasangan Di Media Sosial

Berkongsikan pendapat mengenai hal rumah tangga di Instagram, status yang dimuat naik oleh Faezah Elai menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu menegur netizen yang berkongsi aib pasangan kepada umum.

Menurut Faezah, dalam kehidupan rumah tangga, pahit dan manis adalah perkara biasa. Ujarnya, seseorang itu perlulah menangani isu dengan baik supaya tidak memberi kesan buruk kepada anak-anak.

BACA: Netizen Tak Puas Hati Faezah Elai Kata Travel Banyak Lebih Bijak Dari Belajar Tinggi

“Kawin ni nak habaq mai kat ampa, bukan macam cerita Korea yang ampa dok layan kat neplix tu dok salanghae. Kawin ni kadang-kadang happy, kadang berkeleih terbang habih pinggan mangkuk.

“Kalau mai yang hat qibut taupan, 1 taman perumahan boleh dengaq. Haaa tu belum masuk watak-watak extra, mentua, satgi ipaq, mai pulak biraih seropa haram jadah dok jadi tukang cucuk. Ada jugak yang dapat laki tetiba gila betina,” tulisnya.

Kata Faezah lagi, mendedahkan aib pasangan di media sosial bukan idea yang baik kerana bimbang apabila dewasa kelak anak boleh mencarinya di Internet.

“Bini ni,especially yang tak qerja, depa ada laki ngan anak-anak ja, bila laki buat hal lepaih dah bg bulan bintang, memang mintak kaki lah.

“Tapi canang kt socmed is a bad idea. Tengoklah muka anak-anak pandang dalam-dalam,semua mak nak anak-anak jadi soleh/solehah. Jgn ajar anak benci bapak sendiri, ajaq anak ttg kasih sayag tentang hormat pada orang tua sampai masa depa akan paham.

“Tapi kalau dah dipukui canang busuk pak dia, sampai besaq dia akan tau..google semua benda keluaq.. kawan-kawan sekolah pon tau, kesian anak-anak,” tulisnya lagi.

Ujarnya lagi, jika sesebuah rumah tangga itu tidak dapat diselamatkan perceraian adalah jalan terbaik kerana tiada guna untuk teruskan perkahwinan jika diri tidak bahagia.

“Kalau dah dok makan hati sampai makan diri elok lepaihkan diri. Sebab tu org kata Divorce isn’t a tragedy. A real tragedy’s staying in unhappy marriage and teaching ur children the wrong thing about love.

“Nobody ever died of divorce. As much as u want ur kids to be happy,same goes to ur parents,they want u to be happy bukan dok menangis tepi bucu katey,” tulisnya.