fbpx

Faezah Elai Syukur Penampilan Tudung Labuh Jadi Ikutan

Mula berhijab pada 2015, Faezah Elai mempunyai caranya tersendiri mengenai cara berfesyen dan menutup aurat. Sering menggayakan tudung labuh, ramai yang memuji penampilannya yang selari dengan imej sebenar sebagai seorang muslimah.

Faezah meluahkan rasa syukur apabila ramai yang bertudung labuh selepas melihat penampilannya. Bagaimanapun, Faezah bimbang ada yang menjadi mangsa penipuan apabila ramai yang mengeluarkan koleksi tudung menggunakan namanya tanpa kebenaran.

BACA: Faezah Elai Tak Kisah Kurang Kawan

“Saya bersyukur apabila ada orang kata, ramai bertudung labuh selepas tengok saya pakai. Jadi ramai yang keluarkan tudung style ala-ala Faezah Elai.

“Saya sedar ada beberapa pihak menggunakan nama saya untuk jual tudung anda, saya diam sebab seronok melihat ramai mula menutup dada mereka.

“Tapi disebabkan ramai sangat DM saya tanya macam mana nak jadi ejen atau stokis tudung Faezah Elai, saya nak beritahu saya tak ada bisnes tudung yang kamu nak jadi stokis tu,” katanya.

Malah, Faezah memberitahu dia turut menerima pelbagai aduan mengenai penipaun tudung yang dibeli oleh pelanggan. Faezah turut meminta kepada peniaga tudung tidak menggunakan namanya secara langsung kerana bimbang menimbulkan kekeliran kepada pembeli.

“Ramai yang complain kata kena tipu, beli yang tak original. Ada yang tanya macam mana nak tahu original atau palsu.

“Kalau nak buat tudung macam saya pakai pun beritahulah tudung inspirasi Faezah Elai ke, tudung ala-ala Faezah Elai ke. Janganlah letak tudung Faezah Elai sebab saya tak keluar tudung pun, kesian orang kena tipu,” katanya.

Dalam pada itu, Faezah bersyukur kerana penampilannya menjadi ikutan dan contoh kepada individu lain. Ujarnya, dia bertudung labuh kerana dia memang mahu memakainya bukan kerana ingin menjual tudung.