Faezah Elai Tak Kisah Kurang Kawan
Bukan mudah untuk mencari kawan yang sentiasa bersama ketika susah senang. Pelakon Faezah Elai mengakui dia tidak mempunyai ramai kawan kerana lebih kurang rakan bermakna dia tidak perlu berdepan dengan pelbagai ‘drama’.
Menurut Faezah, rakan-rakannya hanya terdiri daripada beberapa kenalan rapat yang dikenali sejak zaman bangku sekolah lagi. Meskipun rakannya hanya beberapa orang sahaja namun persahabatan itu memberi makna yang cukup besar buat dirinya.
BACA: Faezah Elai Hanya Perlukan Tudung Labuh, Bukan Fesyen Jenama Mewah
“Saya rapat dengan beberapa orang saja tapi yang sikit itu la paling bermakna untuk saya. Less friends less drama, jadi kalangan rakan saya memang tak ramai sejak zaman sekolah,” katanya.
Dalam pada itu, Faezah berkata dia dan rakan-rakannya digelar ‘geng masyarakat majmuk’ ketika di bangku sekolah kerana terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Faezah turut memuat naik beberapa foto ketika berjumpa dengan sahabat lama. Faezah seperti tidak percaya bahawa persahabatan mereka sudah mencecah 22 tahun.
“Dulu lepak di kantin sekolah masa umur 16 tahun, sekarang ni dah 38! Rasa macam dua tiga hari lepas baru pakai baju sekolah, sekarang ni hantar anak pergi sekolah. Rasa macam mimpi pula,” katanya.
memang betul.. buat hal sendiri. bosan main tiktok
Betul tu..tambah2 kalau org kelantan asal sebelah hulu dkt bukit dan gunung seperti jeli,gua musang dan kuala krai.tak payah la buat kwn…prangai mcm sial org kelantan yg asal dr situ..sbb tu kalau aku jumpe org kelantan..aku tanya asal mana…kalau asal bandar kota bharu,tanah merah atau machang jer aku kawan.kalau dari jeli atau bachok..aku reject…prangai mcm hamla.
Dahsyatnya
Knp dgn kelantan?
Aku pernah kenal seorang ustazah asal Bachok…sampai susah nak cakap perangai mcm jahanam…sampai lebur tulang dia dlm tanah pun aku tak kan memaafkan apa yg dibuatnya pd i
Org Kelantan ni kalau baik, baik sngt. Kalau jahat nauzubillah!!! Satu lg kalau Kita baik dgn dia baiknya dia dgn kita! Tp kalau kita buat hal dgn dia walau sekali dia siap laa dia keluar perangai hati kaudu dia….
Berkawan biar seribu..kata oranglah