Mula berhijab beberapa tahun lalu, namun sejak kebelakangan ini Faezah Elai dilihat sering menggayakan tudung labuh. Ramai yang memuji penampilannya yang selari dengan imej sebenar sebagai seorang muslimah.
Gaya tudung labuh yang dipakainya mula menjadi ikutan ramai wanita, Faezah berkata dia sangat gembira apabila mengetahui tentang perkara itu. Malah, Faezah berharap agar semua orang terus beristiqamah dalam menutup aurat.
BACA: Seronok Duduk Flat, Faezah Elai Dipuji Tak Malu Mengaku Asal Usul
“Ya Allah serius korang ikut cara saya pakai tudung? Tiada perkataan untuk saya gambarkan perasaan selepas membaca komen-komen anda semua.
“Terima kasih dengan ucapan. Alhamdulillah mari lakukan ini. Kita istiqamah sama-sama. Sayang semua,”tulisnya.
Dalam pada itu, Faezah turut berkongsikan sebuah akaun Instagram yang menjual tudung mengucapkan terima kasih kepada pelakon itu kerana menjadi asbab ramai wanita mula berubah memakai tudung labuh.
“Kami di Proper Hijab menyaksikan sendiri betapa ramainya yang mula berubah ke tudung labuh asbab Faezah Elai. Mungkin biasa bagi org lain tapi luar biasa bagi kami. Betapa banyaknya pahala berterusan yang mengalir buat dia.
“Cara dakwah setiap manusia berbeza-beza. Ini lah dakwah seorang Faezah Elai. Membuatkan lebih ramai berani bertudung labuh.
“Tak perlu tunggu sempurna, tak perlu tunggu nanti. Bila kita buka hati untuk sarung tudung labuh, sedikit sebanyak hati kita mula mencari Allah. Sedikit demi sedikit mula untuk tutup dengan sempurna.
“Terima kasih Faezah Elai. Kerana mu ramai sangat-sangat dah tak pandang pelik tudung labuh,” tulisnya.