Pelakon Faezah Elai meluahkan rasa bangga anak perempuan yang dibesarkannya sejak berusia 11 tahun kini bergelar seorang peguam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Faezah berkongsikan berita gembira itu serta mengatakan dia mengikuti perjalanan pendidikan anaknya itu sejak di zaman sekolah sehingga ke menara gading.
BACA: Kekalkan Berat Badan 43 Kg, Faezah Elai Amalkan IF Sejak Anak Dara
“Jarang saya berkongsi mengenai anak-anak kerana lebih suka menjaga privasi kehidupan mereka, tetapi hari ini saya membuat pengecualian.
“Saya sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan membesarkannya sejak berusia 11 tahun, dari Convent Kajang sehingga ke Universiti Malaya (UM).
“Hari ini, dia secara rasmi dipanggil ke Badan Peguam dan kini bergelar peguam,” tulisnya.
Faezah sempat bergurau mengatakan hantaran tersebut sebenarnya untuk memberitahu bahawa anaknya kini bergelar peguam.
“The whole point of this post sebenarnya nak habaq my daughter is a LAWYER now! So buat pasai ja, see you in court!!
“Orang first dalam list saman, pak dia!! Katuk ku dengan lesung,” selorohnya.
Faezah mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Heykal Hanifah pada 9 September 2011. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata Dealova Heyrinna dan Auroroa Heyrinna.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Heykal mempunyai tiga orang anak iaitu Luqman Hakim, Sarah Heyrissa dan Luq Adam Heydhani.