fbpx

Fadzil Zahari Nafi Bergaduh Dengan Farid Kamil

Gara-gara tidak muncul bersama Farid Kamil ketika mengadakan majlis sidang media tentang kontroversi yang melandanya baru-baru ini, Fadzil Zahari didakwa sesetengah pihak telah bergaduh dengan abang kandungnya itu. Namun empunya bada menafikan perkara tersebut.

BACA: Farid Kamil Didakwa Buat Laporan Palsu

“Saya dan Farid masih baik. Mana ada kami gaduh. Tak baik buat fitnah yang bukan-bukan. Saya selalu mengingatkan diri bahawa tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan”

“Saya akan sentiasa menyokong dan berada di sampingnya walau bermacam dugaan harus ditempuhinya. Saya akan menyokong dan akan sentiasa membantunya dari belakang,” jelas Fadzil dipetik daripada Sinar Harian.

Menurut Fadzil, selepas Farid dibebaskan, dia merasakan adalah lebih baik bagi dia tidak mencampuri urusan Farid terutamanya soal kerjaya. (rtky/s)