fbpx

Menerusi satu perkongsian baru-baru ini, suami kepada pelakon Yana Samsudin iaitu Fadzil Zahari mendedahkan dia pernah diganggu oleh seorang wanita.

Lebih mengejutkan, wanita itu bertindak berani menghantar gambar seksi kepadanya sejak beberapa bulan lalu dimana ketika itu isterinya sedang berpantang anak kedua mereka. Menerusi video tersebut, Fadzil turut berkongsikan paparan skrin mesej diterima daripada wanita berkenaan.

BACA: Yana Samsudin Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

“Banyak kisah yang kita dengar berkenaan suami atau isteri yang curang menerusi mesej. Kalau anda semua tak nak terlibat dalam benda-benda macam ini, terus cegah dari awal.

“Jangan melayan orang mesej ‘hai hai’ kerana apabila jadi perbualan, ia akan membawa kepada perkara seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, Fadzil mengkaui ada meletakkan nombor telefonnya di media sosial namun ia adalah untuk tujuan perniagaan dan tiada masalah untuk membalas mesej berkaitan urusan kerja. Ujarnya, meskipun sudah diberi teguran namun wanita tersebut tetap mengganggunya.

“Pernah sekali ketika dia mesej dan mengirimkan gambar seksinya, saya tunjukkan kepada staff saya sebagai saksi jika ada apa-apa perkara berbangkit yang berlaku di kemudian hari.

“Biarpun saya menegur perbuatannya itu, dia tidak ambil peduli sebaliknya berkata hanya mahu berkawan dan tidak kisah tentang status saya. Dia terus menghantar mesej sama berulang kali meskipun saya tidak membaca atau melayannya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fadzil berkata dia tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis jika wanita itu berterusan menggangunya serta memberi pesanan kepada wanita diluar sana supaya jangan menggangu suami orang.

Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 5, dan Aura Aisy Sofea yang kini berusia dua bulan.