Fad Bocey Perjelas Sebab Mengapa Tidak Kongsi Gambar Anak
Selamat melahirkan anak sulung kembar lelaki pada 11 Disember lalu, penghibur dan juga pelakon Fad Bocey mempunyai sebab tersendiri mengapa sehingga kini dia masih belum berkongsikan gambar cahaya matanya itu.
BACA: Fad Bocey, Isteri Selamat Timang Anak Sulung Kembar
“Anak kembar saya lahir di minggu yang ke 34 dan masih belum matang. Jadi, mereka ditempatkan di inkubator terlebih dahulu. Sebab itulah saya tidak berkongsi gambar anak-anak saya. Pada awalnya, kami dapatkan nasihat doktor kerana isteri mahu melahirkan bayi secara normal”
“Namun begitu, kedudukan bayi pertama saya sudah berada di bawah dan bayi kedua sudah berada di atas. Untuk mengelakkan isteri saya merasai kesakitan sebanyak dua kali, doktor nasihatkan untuk isteri saya menjalani pembedahan caesarean”
“Mengenai nama pula, saya akan kongsikan kemudian. Buat masa ini, saya mahu memberi tumpuan kepada kesihatan anak kembar saya dan saya mohon doa yang baik-baik untuk mereka,” jelas Fad kepada portal Astro Gempak.
Mengakui kekok memegang bayinya yang baru sahaja lahir, namun Fad menjelaskan dia perlu membiasakan diri dengan keadaan tersebut. Semoga keluarga Fad akan terus bahagia dan sihat sejahtera semuanya. (rtky/s)
begitu bernasib baik pasangan ini kerana amat bertuah mendapat kemurahan rezeki dengan kelahiran anak kembar baru2 ni. Moga anak kembar mereka ni dapat membesar dengan sihatnya di bawah penyeliaan dan penjagaan para jururawat dan doktor di hospital. Penjelasan yang di beri sebab apa tidak dapat berkongsi gambar anak2 mereka di terima baik oleh para peminat sebab keadaan tidak mengizinkan buat masa sekarang. Peminat ni semua bukan tak faham, mereka faham dan boleh terima apa2 penjelasan yang diberi; sebab apabila berbuat begitu mereka boleh rasai yang artis tersebut hormat pada mereka begitu juga mereka sayang dan hormat kpd artis tu dan sentiasa doa dan ingin tahu setiap pergerakan artis tu.
BORINGGGGGGGGGG… NEXT!!!
RK ko pergi laaa terjah retis yg kawin bulan 5 tu. Dah 2bulan bersalin.. Taknak pulak ko terjah
Sape retis tue?!
No comment
semoga bahagia fad bocey
Isteri fad sombong gila..
Sampai sekarang masih belum nak kongsi gambar anak?? Dulu kata pasal baby dorang lahir pramatang.. skatang da 7 bulan pon… ish pelokek tol.
Isteri fad sombong gila….
Moga anak dapat hidup secara normal..
X yah tayang ank pon x le..nnt hidung kembang skt ade je owg mengutuk mcm Si Lara Alana tu ..so i cadangkan sorok je ank tu utk elk dripde mulut jahat manusia..
X pe***