fbpx

Tak Sempat Tatap Kali Terakhir, Fad Bocey Cium Baju Arwah Abam

Tiada disisi sahabat baiknya Arwah Abam Bocey ketika dikebumikan, pelawak Fad Bocey tidak dapat menahan sebak apabila bertemu Achey di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi yang pulang daripada Jepun.

Fad yang kelihatan tenang pada awalnya terus berguguran air mata tatkala memegang baju peninggalan arwah Abam yang dibawa oleh Achey. Lebih pilu, kedua-dua sahabat itu mengangis ketika mencium baju Abam.

BACA: “Abam Maafkan Semua Orang Yang Kutuk Dia Gemuk” – PU Rahmat

Menerusi perkongsian di Instagram, Fad mengatakan seolah-olah arwah Abam masih ada bersamanya. Fad turut memberikan kata semangat kepada Achey untuk terus kuat dan redha di atas pemergian sahabat baik mereka.

https://www.instagram.com/p/B8b1sr3AZ6m/?utm_source=ig_embed

Rata-rata netizen turut sebak melihat dua sahabat baik itu dan menitipkan kata-kata semangat untuk terus bangkit demi arwah Abam dan kumpulan Bocey. Malah, ada yang meminta mereka supaya terus menjaga kebajikan anak arwah.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada Isnin lalu selepas dua hari mengalami demam panas.