fbpx

Fad & Achey Dikritik Meratap Pemergian Abam Bocey

Hampir 9 tahun bersama, sudah pasti pemergian Allahyarham Abam Bocey memberi kesan besar buat Fad dan Achey. Bagaimanapun, perkongsian mereka mengenai sahabat baik mereka itu dikritik oleh segelintir netizen.

Ada netizen mengatakan roh Allahyarham Abam tidak akan tenang apabila melihat kesedihan yang dikongsikan. Namun, Fad menafikan dia dan Achey meratap kematian Abam tetapi berkongsikan kenangan kerana mereka rindu.

BACA: “Dia Belanja Makan Satu Kedai, Tanggung Dana Ceramah Ustaz Keliling Negeri”

“Kami bukan merintih atau meratap, malah tak paksa blog atau mana-mana media untuk memuat naik sebarang entri mengenai apa yang kami kongsikan.

“Kalau mereka kongsi bermakna mereka turut merindui akan kenangan dengan arwah. Kami kongsi kenangan dengan arwah pun sebab kami rindu.

“Kalau tak suka boleh sekat atau ‘unfollow’ kami. Lagi elok daripada dapat dosa sia-sia. Saya tiada niat marah atau benci. Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, PU Azman turut menjelaskan mengenai perkongsian gambar arwah yang ada kalanya menjadi pertikaian sesetengah pihak. Jelasnya, perbuatan orang yang masih hidup tidak akan memberi kesan kepada individu sudah meninggal dunia.

Isnin lalu, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar yang meninggal dunia selepas mengalami demam panas selama beberapa hari.