“Dia Belanja Makan Satu Kedai, Tanggung Dana Ceramah Ustaz Keliling Negeri”
Pemergian Allahyarham Abam Bocey bukan sahaja memberi kesan besar pada ahli keluarga dan juga teman rapatnya malah rakan-rakan artis dan para peminat turut bersedih di atas kehilangan insan hebat itu.
Malah, satu demi satu ‘rahsia’ serta amalan kebajikan yang dilakukan oleh arwah terbongkar selepas meninggal dunia sekaligus menjawab persoalan mengapa pelawak itu sangat disayangi ramai.
BACA: “Anak Abam Sudah Mula Tercari-Cari Bapanya”
Adiknya iaitu pelawak Ali Puteh mengakui abangnya itu banyak melakukan amal jariah tetapi tidak didedahkan kepada umum. Ali menyifatkan Abam seorang yang sangat pemurah dan tidak pernah berkira.
“Benda ini dia tak pernah heboh pada sesiapa, dia tak pernah tunjuk atau beritahu orang. Dia pernah kata dekat saya bua apa nak tunjuk nanti jadi tak best.
“Dia buat bukan sebab banyak duit tapi sebab dia memang pemurah. Kena tipu pun ada tapi dia kata tak apalah Allah ada.
“Saya tahu dia ada tanggung anak-anak yatim, Abam tak panggil sumbangan tapi dia kata duit belanja untuk adik-adik dia, selalu bertanya pasal adik-adiknya dah makan ke belum dan minta saya hantarkan makanan ke pusat tahfiz berhampiran rumah,” katanya.
Bukan itu sahaja, Ali berkata abangnya selalu bersedekah dengan membelanja makan meskipun tidak mengenai orang tersebut. Malah, Abam pernah belanja makan satu kedai sempena hari jadinya Januari lalu.
“Dia pernah pergi kedai mamak dan semasa itu ramai pelanggan, dia tak intai pun siapa ada dalam kedai tu, dia panggil pekerja suruh kira untuk semua orang yang makan dalam kedai itu dan bayar tapi dia minta orang kedai jangan beritahu dia belanja,” katanya.
Ali juga memberitahu dia juga baru tahu Abam ada membantu memberikan dana pada seorang ustaz untuk menyampaikan dakwah di Pahang dan pekara itu didedahkan oleh Pencetus Ummah (PU) Azman.
“PU Azman telefon saya dan dia diam sahaja, saya tanya kenapa diam, rupanya dia menangis dan meraung. Dia menyampaikan pesanan kawannya, Ustaz Anaz iaitu seorang penceramah bebas dari Pahang.
“Katanya pergerakan Ustaz itu menyampaikan ceramah dan kuliah ditanggung oleh arwah Abam. Itu sebab PU Azman menangis, bayangkan kita bukan belanja orang pergi bercuti tapi dia tanggung untuk kuliah agama,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Allahuakbar Abam.u such a nice person.ptut la di hri kmatian ko,bgtu rmi yg datng solatkn ko.Aku cbe nk jd mcm ko,nk cbe ikhlas kn dri dan tdak brpkir bruk ktika sdekah. Btapa untung klurga awk dpt awak yg ckup baik dn pmurah.
Semoga keluarga dan orang2 kesayangan Arwah sentiasa dalam lindungan tuhan juga… Tengoklah betapa Allah itu maha menepati janjinya.. Bestnya mati macam ni…..
semoga insaf pembaca RK salam 4 rakaat asar.
bagus sungguh arwah, hidup kita mesti diisi dgn amalan murni semuga jd inspirasi.
Subahanallah. Seorang insan yg patut kita contohi. Dia bukan lah seorang pelawak yg terhebat didunia…tetapi kematian nya Allah buka kan segala kebajikan arwah yg pernah lakukan… Dah jemaah yg mengiringi jenazah & Solat jenazah sangat ramai…. masyaallah.
Contoh kepada kita dan retis2 semua yg pergi bercuti belum kahwin tu.
Membazir naik heli, makan tempat mewah nak tunjuk kekayaan bertunang kalah kawin. Tunjuk kaya bercuti mewah2.
Kahwin kalah raja lepas tu cerai.
Kumpul laki org hingga org bercerai berai
Hebatnya seorang abam. berpusu2 org solat jenazah dia. Ikhlas nya dia amat jelas. Buat kebaikan tnpa mnunjuk lgsung.
Hjh kamariah aka sajat
Tak nak tegur ke artis yang tak berhijab tu?
Ko kan bagus.
Bagus bangsat lahanat.
Akhlaknya yg baik adalah cerminan hatinya yg baik dan lembutjuga.
Mashaallah Abam.
Dan lawak2 dia jenis x rendah, hina, malukan org lain. Terbaik Bam, dunia dan akhirat.
Aku cam dok rasa dia di sana dok senyummm ja kan
Al Fatihah