fbpx

Facebook Rasmi Untuk Peminat Zizan Raja Lawak Kena Godam

Sebenarnya kami ingin bertanya, siapa antara anda yang menonton drama berjudul Usin Bunga di TV3 hujung minggu lalu? Sila berdiri & tepuk tangan anda.

Azizi Chunk, kalau anda membaca laman hiburan kami yang tidak seberapa ini, apalah kiranya kalau anda perkenankan hasrat kami untuk melihat Usin Bunga ke layar perak. Boleh ya? Heh.

Sekarang, jom masuk ke topik yang sebenarnya. Laman peminat Zizan Raja Lawak di Facebook telah menjadi mangsa terbaru si penggodam yang mungkin kini sedang menjalani praktikal.

Kumpulan penggodam (kalau ya berkumpulan, entah entah foreveralone) yang menggelarkan diri mereka Segan Crew ini tiada segan mengambil alih laman Facebook yang mempunyai lebih 1.3 juta peminat ini lewat petang tadi. 

Namun yang elok’nya, kumpulan penggodam berjaya ini sudah pun berjanji untuk kembalikan kuasa pengendalian kepada pihak asal selewat lewatnya 7.00 malam ini. Kita tunggu. Kasihan Usin Bunga. Eh.