“Ezza Sentiasa Setia Berada Di Sisi Saya”
Perkongsian Remy Ishak baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila membuat majlis kejutan hari jadi buat bekas tunangnya Ezza Yusof.
Kemesraan Remy dan Ezza sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa kedua mereka sudah kembali bersama. Bagaimanapun, Remy mengakui dia masih solo dan belum mempunyai pengganti.
BACA: Buat Kejutan Hari Jadi, Remy Ishak & Bekas Tunang Kembali Bersama?
“Saya masih lagi solo. Walaupun kami dah putus dalam pertunangan tapi kami masih lagi berkawan baik sehingga sekarang.
“Tak semestinya kami dah putus tunang, hubungan pun terus putus. Saya tak berani nak cakap pasal benda ni takut kalau tersalah cakap akan melukakan hati pihak di sebelah sana,” katanya.
Mengakui sudah sampau masanya untuk dia mendirikan rumah tangga, bagaimanapun pelakon berusia 39 tahun itu tidak mahu terburu-buru.
“Saya sendiri secara peribadi ada rasa nak kahwin, yelah umur dah macam ini bila balik rumah rasa sunyi. Sudah sampai masanya (untuk berkahwin), kalau ada jodoh saya dengan Ezza, adalah. Saya pun selesa dengan dia sebab dia seorang yang penyabar dan memahami saya.
“Satu yang saya respect dengan Ezza dia sentiasa ada di sisi saya, ada ketikanya saya juga pernah melalui fasa-fasa jatuh bangun dalam hidup dan dia antara individu yang sentias setia berada di samping saya,” katanya.
Dalam pada itu, Remy berkata dia tidak akan merahsiakan kepada pihak media dan peminat jika sudah sampai masanya untuk dia mendirikan rumah tangga.
“Jangan risau saya akan beritahu kepada semua jika saya kahwin nanti, saya tidak akan berahsia,” katanya.
Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan selama dua tahun sebelum memutuskan hubungan pada 2019.
- SUMBER
- mStar Online
Sometimes yr bff is only good to stay as yr bff not as yr wife or husband.
Remy hanya lelaki idaman. Bukan husband material. He is all about himself ye. Jantan kalau xde planning mcm ni abaikan aje. Tapi bab berlakon drama romantik, tak dinafikan jiwa dia memang power sokmo.
Dia anak wayang tp bila dia sorg2 dgn diri dia lbh low confident dri sorg penagih sbb tu dia x sanggup nk kwin.
Kadang2 pelik la tengok lelaki. Kedekut hantaran.. nak yang cantik.. kaya.. tp kau sendiri nan hadoooo.. cermin diri sendiri sebelum demand melambung boleh tak? Kau ingat perempuan cantik kaya pandai tu nak kat kau yg nan hado tu ke? Jodoh memanga jodoh. Tp toksah la berangan tinggi nau.. sendiri yg merana bang oiii.. silakan padan muka. Eh aku tuju ni bukan kat Remy tau. Ni aku tuju untuk lelaki yg suka demand. Sape makan cili dia terasa pedas.
sanggup pompuan tu jd watak standby.. kalau xde org lain, remy amik dia. kalau ada org lain, remy bye2 dia.. kira mcm last choice
Mungkin the lady dah bosan nak cari lain. Atau remy cinta matinya. Remy saja masih x ready sbb masih mncari2 jodoh. Sdg kan jodohnya sudah ada depan mata.
Nmpk tua pompuan tu. Cari yg 12 thn lg muda drp u remy.
yelatu tp x amik jd isteri..nanti kne kebas..padan muke..jgn buat ayat simpati pulakkk…. kepada perempan tu stop la being cheap.. u deserve better then him..
Setuju dengan Ros. Lelaki begini tidak serius dlm hubungan baik bye2kan aje. Biar dia dgn fasa tidak bersedia tu forever. To Ezza: lelaki kalau betul sayang and nak ke kita, tiada alasan untuk menghalang. Tetapi kalau lelaki tak sudi dia akan MENCIPTA 1000 alasan.
Memang sheols tua dah la @pokcheek. Rasanya macam lebih kurang sebaya, almost 40. Tapi pada i sheols wanita yg bekerjaya, kreatif, MATANG, dan independent. Tabah sangat sheols. Sebab dulu pun aku lagi sokong pempuan ni drp pelakon berwajah nan basic itu. Aku rasa sheols masih cintakan bangremy; sayang bangremy apa adanya
Tapi jodoh bukan kerja kita.