Tiada yang lebih mengecewakan seorang pelakon selain namanya di’senarai hitam (blacklisted) dari keluar di stesen televisyen — lebih lebih jika tiada alasan yang kukuh di’berikan.
Ezany yang memang wajahnya selalu kita lihat keluar di drama tempatan hari ini mengadu yang nama beliau telah di’tolak oleh sebuah stesen televisyen sejak setahun yang lalu.
“Sudah hampir setahun perkara ini berlaku & pihak produksi sering beritahu saya stesen TV itu tidak mahukan saya sebagai pelakon apabila nama saya dicadangkan. Saya hairan kerana masalah itu tidak pernah berlaku”
Menurut Ezany, apabila di’tanyakan kepada stesen TV tersebut mereka memberikan alasan yang tidak munasabah serta kukuh seperti wajah beliau sudah sesuai dengan program mereka.
Pelakon ini turut menjelaskan perkara ini mungkin terjadi kerana beliau pernah mengadu secara terbuka tentang kelewatan menerima bayaran akhir daripada pihak produksi drama yang di’siarkan di stesen TV tersebut.