Seorang peminat hiburan hari ini kongsikan satu status terbaru di akaun Facebook milik pelakon Ezany Nizariff dan juga status terkini isterinya, Lizda Nuryanti.

Ezany yang juga merupakan seorang usahawan memuat naik status ringkas berbunyi “It‘s over, the end. Berakhir sebuah cerita“ manakala isterinya menulis penjelasan sedikit panjang termasuk bait bait mengatakan rumahtangga mereka kini seakan berakhir.


“Liz baru balik dari menyembuhkan hati dan mencari kekuatan diri. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup ini, pasrah dan redha dengan ketentuan Allah selepas melalui proses perpisahan yang perit dalam rumahtangga,” tulis Lizda namun ianya sudah pun dipadam.

Ezany & Isteri Bakal Bercerai? - ROTIKAYA

Kami tidak pasti apa sebenarnya apa yang terjadi dalam rumahtangga pasangan ini namun dari sumber yang menyampaikan, isteri Ezany ini turut terlibat dengan penipuan wang ringgit bernilai ratusan ribu ringgit di kalangan rakan rakan. Mungkinkah jadi punca?

UPDATE-1: Memetik kenyataan di mStar Online, Ezany berkata walaupun berat hatinya untuk berbuat demikian namun dia terpaksa akur selepas didesak oleh Lizda agar dia melafazkan talak.

“Hubungan kami suami-isteri sudah berada di hujung tanduk. Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi. Sebenarnya dia yang minta (cerai). Dan sebelum ini pun, sudah banyak kali dia minta. Tujuh tahun kami bersama akhirnya saya terpaksa akur dengan permintaan dia,” katanya.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak. (rtky/m)