fbpx

Eyra Hazali, Suami Pilih Nama Anak Muhammad Hayder Qhalish

Selepas 21 jam bertarung dalam wad pembedahan, pelakon Eyra Hazali selamat melahirkan cahaya mata sulungnya di sebuah pusat perubatan di ibu kota kira-kira jam 2.18 petang, Jumaat lalu.

Bayi lelaki dengan berat 3.25 kilogram itu diberi nama Muhammad Hayder Qhalish. Suami Eyra yang juga penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli turut memuat naik gambar bayi mereka.

BACA: Eyra Hazali Mengidam Mandi Swimming Pool, Suami Beli Satu Letak Di Rumah

Menerusi perkongsian itu, Haziq turut mengucapkan terima kasih buat isterinya yang sanggup menahan sakit demi melahirkan anak mereka serta mendoakan agar keluarga kecil mereka ini akan dilindungi dan diberkati Allah.

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Eyra mengambil cuti berlakon setahun untuk menumpukan perhatian pada anak dan suami.