fbpx

Eyra Hazali Mengidam Mandi Swimming Pool, Suami Beli Satu Letak Di Rumah

Usia kandungan kini mencecah 8 bulan dan bakal melahirkan cahaya mata sulung tidak lama lagi, pelakon Eyra Hazali meluahkan rasa gembira selepas keinginannya untuk di swimming pool ditunaikan oleh suaminya, Muhammad Haziq Nadzli.

Eyra berkata dia mengidam mandi swimming pool sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun terpaksa dipendam kerana keadaan tidak mengizinkan. Ujarnya lagi, dia tidak meletakkan harapan tinggi walaupun ramai yang berkata permintaan ibu hamil perlu ditunaikan.

BACA: Hamil Lima Bulan, Eyra Hazali Gagahkan Diri Berpuasa

“Saya mengidam nak mandi swimming pool sejak PKP dilaksanakan tapi terpaksa ditangguhkan dulu. Masa tu kami tak pindah rumah lagi, masih di kondonimium.

“Saya tak meletakkan harapan yang tinggi walaupun ramai cakap ibu mengidam ni kena ditunaikan. Saya pun tak memaksa Haziq. Bila pindah rumah landed, masa kami keluar ke pusat membeli belah Haziq cakap nak belikan swimming pool untuk saya

“Mula-mula tu saya banyak kali juga tolak sebab tak penting pun. Tapi Haziq la tetap juga nak beli,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Eyra berkata sepanjang proses kehamilan perkara tersebut merupakan mengidam paling pelik pernah dirasainya. Ujarnya, dia bukan seorang perenang tetapi mahu mandi di kolam renang.

“Saya rasa itu ja mengidam yang paling pelik. Biasalah ibu mengandung ini. Saya bukan seorang perenang, tak suka juga untuk pergi ke Taman Tema Air tapi tetiba perasaan tu nak,” katanya.

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 selepas dua tahun berkenalan. Eyra mendedahkan usia kandungannya kini telah mencecah 32 minggu.