Meksipun Ramadan tahun ini berbeza kerana tidak dapat menyambut bersama keluarga, pelakon Eyra Hazali bersyukur dapt meluangkan masa bersama suaminya, penjaga gol Johor Datul Ta’zim, Muhammad Haziq Nadzli.
Puasa tahun ini juga merupakan pengalaman berbeza buat Eyra kerana sedang berbadan dua. Meskipun sarat hamil lima bulan, Eyra berkata dia tetap gagahkan diri untuk berpuasa.
BACA: Bosan Kuarantin Di Rumah, Hari-Hari Suami Batalkan Wuduk Eyra Hazali
“Puasa kali ini memang berbeza dan sebab sikit sebab selalu dengan keluarga. Dalam pada masa yang sama gembira juga sebab dapat sambut Ramadan pertama kali dengan suami.
“Hari pertama saya puasa tapi itu pun tak larat sangat, saya tetap gagahkan diri. Saya memang sahur tapu macam biasala kita mesti ada rasa lapar sikit tambahan pula ada buat kerja rumah, mungkin itu yang membuatkan saya lagi penat.
“Sebenarnya Haziq tak bagi saya puasa sebab risau macam-macam boleh jadi. Insya-Allah saya cuba buat mana yang mampu. Tapi kalau tak boleh pun, saya okay je tak teruskan, puasa boleh ganti, anak tak boleh ganti,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Eyra berkata disebabkan tempoh PKP dilanjutkan dia dan suami terpaksa membeli barang keperluan cahaya mata pertama mereka yang dijangka lahir Ogos depan melalui online.