fbpx

Eyra Hazali Komen Sejadah Neelofa Nipis Sangat

Baru-baru ini pelakon Eyra Hazali berkongsikan pendapatnya selepas menggunakan sejadah kolek jenama selebriti popular, Neelofa.

Memberikan komen tersebut di Twitter, Eyra turut bersetuju dengan pendapat netizen yang tidak mahu membeli sejadah berkenaan.

BACA: Eyra Hazali Hadiahkan Ibu Bapa Proton X70

Bukan tidak mahu menyokong tetapi Eyra mengatakan sejadah jenama Naelofar yang dijual dengan harga RM85 itu terlalu nipis hingga menyebabkan dia sakit lutut dan dahi.

Kata Eyra lagi, ulasan tersebut dilakukan sebagai pelanggan yang membeli produk berkenaan bukan bermaksud tidak menyokong perniagaan diusahakan oleh rakan artis.

Perkongsian Eyra itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong pendapatnya itu. Malah, ada yang bergurau mengatakan sejadah tersebut mungkin perlu dilapik dengan karpet yang dibeli di Nilai 3.

Namun, ada netizen berpendapat sejadah itu nipis kerana ianya lebih sesuai untuk digunakan ketika travel kerana mudah disimpan dan dibawa kemana sahaja.