fbpx

Eyra Hazali Hadiahkan Ibu Bapa Proton X70

Sudah lama menyimpan hasrat untuk memberi kereta yang besar dan selesa buat ibu bapanya, pelakon Eyra Hazali gembira menghadiahkan kereta Proton X70 buat kedua orang tuanya.

Meluahkan rasa syukur hasratnya itu sudah pun tercapai, Eyra berkata hadiah itu adalah sebagai tanda menghargai jasa ibu bapanya yang membesarkan mereka tujuh beradik.

BACA: Eyra Hazali, Suami Pilih Nama Anak Muhammad Hayder Qhalish

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

“Selalu tertanya-tanya bilalah dapat belikan mummy dan ayah kereta yang lebih selesa. Siapa sangka, rezeki melimpah ruah pada awal tahun, Alhamdulillah dapat serahkan sendiri dekat ‘parents’.

“Hadiah ini tak sebesar jasa mummy dan ayah besarkan kami 7 beradik, selagi ada kudrat, Eyra buat apa sahaja untuk senangkan ‘mummy’ dan ayah,” tulisya.

Selain memberlikan hadiah istimewa buat ibu bapanya, suami Eyra iaitu penjaga gol kelab bola sepak, Johor Darul Ta’azim (JDT), Haziq Nadzli turut membeli sebuah kereta baharu jenis Vellfire.

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish.