fbpx

Eyra Hazali Hamil Anak Ketiga, Tiada Rezeki Dapat Kembar

Pelakon Eyra Hazali berkongsi khabar gembira dirinya kini sedang hamil cahaya mata ketiga dan usia kandungan sudah memasuki empat bulan.

Menerusi perkongsian di Youtube, Eyra mendedahkan dia sepatutnya hamil anak kembar namun salah satu janin berada di luar rahim.

BACA: Eyra Hazali Bangga Suami Berjaya Buka Restoran Sendiri

“Rupanya dua anak mama dan papa, tapi tiada rezeki. Satu tak jadi. Tinggal satu saja anak mama dan papa. Tidak mengapa kami masih bersyukur di atas rezeki ini. Terima kasih Allah SWT,” katanya.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram, Eyra berkongskan anak ketiganya itu dijangka lahir pada September depan serta meminta mendoakan yang baik-baik buatnya dan juga kandungannya.

“Bertambah seorang lagi cinta dalam keluarga kami. Bayi nombor tiga bakal lahir.

“Saya minta doa yang baik daripada semua untuk kami sekeluarga memandangkan bayi kecil kami akan bersalin dalam masa empat bulan lagi. Terima kasih semua,” tulisnya.

Untuk rekod, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 4, dan Muhammad Endra Haqimie, 2.